BUKU PELAJAR - BAB 2-NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN




HALAMAN UTAMA
PILIHAN ANDA
KORANG NAK SAYA TOLONG SUBJEK SAINS KAN? INFORM SAYA KORANG NAK SAYA AJAR SAINS TINGKATAN BERAPA ?
Total of answers: 109
Statistics

Total online: 0
Guests: 0
Users: 0
WEBSITE PILIHAN
  • KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
  • CARI
    ADS

    NOTA SAINS TINGKATAN 5 (BAHASA MELAYU)

    BAB 2-NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN

    1. AMALAN NUTRISI YANG BAIK

    Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiganya mempunyai "nilai kalori"(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut.

    KELAS MAKANAN

    NILAI KALORI
    (kilokalori)

    SUMBER

    Karbohidrat

    4

    nasi

    Lemak

    9

    minyak masak

    protein

    4

    ikan dan daging




    Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan iklim. Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak.

    Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka tinggi. Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga memerlukan kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang hilang.

    Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu.

    MASALAH KESIHATAN

    PUNCA

    GEJALA

    CARA MENCEGAH

    CARA MERAWAT

    Malnutrisi

    Kekurangan kalori

    Sangat kurus dan tidak bertenaga

    Makan makanan seimbang dan mencukupi

    Memberi zat tambahan

    Anoreksia

    Tabiat tidak mahu makan kerana ingin menguruskan badan

    Terlalu kurus

    Pendidikan

    Kaunseling

    Kegendutan

    Pengambilan kalori berlebihan

    Kelihatan terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulit

    Mengawal pengambilan makanan

    Bersenam atau mengambil ubat dari doktor

    Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

    Makan makanan berlemak berlebihan

    Serangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikal

    Mengurangkan makanan berlemak

    Pembedahan dan pengambilan ubat

    "Piramid makanan" merupakan satu carta yang boleh menolong kita menyelia jenis makanan yang kita makan. Kita hendaklah mengurangkan makanan yang terdapat di atas piramid dan makanan yang tersenarai di bawah bolehlah diambil dalam kuantiti yang lebih banyak.

     

    2. TUMBUHAN SEBAGAI "PENGELUAR MAKANAN"

    Tumbuhan adalah kawan kita !. Ini adalah kerana ia menghasilkan makanan melalui satu proses yang digelar "fotosintesis" (Photosynthesis).

    Semasa fotosintesis tumbuhan menukarkan air dan karbon dioksida kepada makanan. Makanan ini kebanyakannya dalam bentuk kanji.Pada masa yang sama tumbuhan juga menghasilkan gas oksigen. Proses fotosintesis ini berlaku dengan bantuan cahaya matahari (foto).

    Seperti manusia, tumbuhan juga memerlukan nutrien(zat makanan) tertentu untuk terus hidup. Nutrien yang larut air itu diserap dari tanah melalui akar. Nutrien terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-

    • Makronutrien - nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak.
    • Mikronutrien - nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.

    Berikut adalah beberapa contoh Makronutrien dan Mikronutrien.

    JENIS

    CONTOH

    Makronutrien

    Karbon (C) Hidrogen (H) Oksigen (O) Nitrogen (N) Fosforus (P) dan Kalsium (Ca)

    Mikronutrien

    Boron (B) Zink (Zn) dan Kuprum (Cu)



    Kekurangan nutrien akan menjejaskan pertumbuhan tumbuhan. Jadual berikut menunjukkan kesan kekurangan nutrien N,P dan K.

    UNSUR

    KESAN KEKURANGANNYA

    Nitrogen (N)

    Daun menjadi kuning

    Fosforus (P)

    Akar sedikit dan lemah.
    Bunga dan buah sedikit, daun menjadi unggu

    Kalium (K)

    Tompok perang pada daun.
    Batang lemah.

     

    3. "KITAR NITROGEN" (NITROGEN CYCLE)

    Nitrogen di atmosfera boleh dikitar semula. Pengikatan nitrogen dari udara berlaku melalui 2 cara iaitu tindakan kilat dan aktiviti bakteria pengikat nitrogen. Nitrogen ini ditukar kepada ion nitrat yang akan diserap oleh tumbuhan.

    Apabila tumbuhan dan haiwan mati ia akan reput. Pereputan dilakukan oleh bakteria saprofit untuk menghasilkan sebatian ammonium.

    Sebatian ammonium seterusnya ditukarkan menjadi nitrit dan nitrat. Nitrat akan diserap oleh tumbuhan semula.

    Terdapat sejenis bakteria yang istimewa bernama "Bakteria Pendenitratan". Ia boleh menukarkan nitrat dalam tanah menjadi nitrogen. Nitrogen ini akan dibebaskan ke udara semula.

    Kitar ini menyebabkan kandungan nitrogen dalam udara dan bumi sentiasa seimbang.

     

    4. PELIHARA TUMBUHAN SUPAYA HIDUP SEJAHTERA

    seperti yang anda sudah ketahui, tumbuhan memainkan peranan yang amat penting ke atas kehidupan manusia. Oleh itu kita hendaklah sama-sama menjaga dan memelihara tumbuhan dengan baik. Kita tidak boleh menebang pokok-pokok dengan sewenang-wenangnya kerana tanpa pokok tiadalah oksigen.

    5. JANGAN MEMBAZIR !

    Pada masa yang sama kita harus bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan makanan yang cukup untuk kita. Kita hendaklah menjaga dan menghargai sumber makanan kita dan pembaziran hendaklah dielakkan. Jika terlebih makanan, ia boleh diproses supaya boleh digunakan semasa kekurangannya.

     

     


    BUKU_PELAJAR © 2014